Monday, March 9, 2009

PERHIMPUNAN BULANAN (FEBRUARI 2009)

PERHIMPUNAN BULANAN (ROLL-CALL) FEBRUARI 2009




Pada 28 Februari 2009 telah berlangsung dengan jayanya perhimpunan bulanan peneroka (roll-call) di peringkat rancangan ini di perkarangan pejabat rancangan.Perhimpunan ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Tok siak,diikuti dengan nyanyian Lagu Negaraku serta Lagu Semai Bakti.Seterusnya perhimpunan ini dipengerusikan oleh Tuan Pengurus (Encik Syed Muhamad Ridzuan Bin Syed Nordin).Beliau memberi penerangan yang jitu mengenai perkembangan terkini Projek Enible Garden FELDA,dimana projek ini telah memasuki fasa kedua di peringkat rancangan ini.Selain itu,beliau turut menyentuh mengenai pentingnya amalan 'menabung atau menyimpan wang disaat kemelut kemerosotan ekonomi global yang kian melanda negara.



Pihak pengurusan juga telah menjemput Ketua Balai Polis Ladang Gaddes bagi menyampaikan maklumat berkenaan keselamatan.Ketua Balai Polis Ladang Gaddes memberikan penerangan ringkas mengenai aspek-aspek keselamatan yang harus dijaga bagi mengelakkan kejadian jenayah (pecah-rumah,samun,rompak) yang kian menular di kawasan palong.Selain itu,beliau turut menyentuh mengenai kes-kes yang telah terjadi di beberapa rancangan yang berhampiran.Disamping itu,beliau turut mengedarkan risalah mengenai langkah menjaga keselamatan dirumah.






Encik Jalil Bin Halus selaku Penyelia Kanan rancangan turut memberikan taklimat ringkas mengenai pembajaan yang dijadualkan akan ditabur pada penghujung bulan Mac dan April 2009.Selain itu,beliau turut menyentuh mengenai projek Enible Garden Felda dan meminta kepada semua penternak lembu dan kambing agar memantau haiwan peliharaan supaya tidak berkeliaran di kawasan perkampungan rancangan.Beliau turut menyarankan agar para peneroka mengamalkan 'good agronomi practise' (GAP) bagi menjaga ladang dengan baik dan berkesan.







Secara majoritinya,dikalangan peneroka yang hadir pada hari berkenaan telah menyambut baik usaha pihak pengurusan FELDA kerana berjaya mewujudkan kembali Perhimpunan Bulanan (roll-call).Ini kerana secara tidak langsung,mereka telah mendapat maklumat-maklumat yang terkini,berinformasi serta padat terutamanya daripada pihak pengurusan rancangan mahupun pihak Ketua Balai Polis Ladang Gaddes yang banyak menyentuh mengenai aspek-aspek keselamatan yang patut dijaga.Selain itu,ada dikalangan peneroka yang menyarankan agar aktiviti-aktiviti seumpama ini diteruskan dari semasa ke semasa.